top of page

TENTANG KAMI:

​

MUSLIM BACKPACKERS adalah jenama kepada program permusafiran berkonsepkan 'backpacking' yang diuruskan oleh MISI 7 Event Management & Marketing. Pengisian program ini adalah menziarahi kelompok asnaf minoriti muslim di sesebuah negara sambil melawati tempat tarikan yang berhampiran.

​

Pengembaraan konsep 'backpacking' ini akan membawa peserta menginap ditempat asnaf tersebut. Kebanyakkan jenis pengangkutan yang digunakan pula adalah pengangkutan awam. Untuk lokasi tertentu sahaja peserta akan menginap di hotel dan menggunakan pengangkutan yang disewa.

​

OBJEKTIF aktiviti sebegini diadakan adalah untuk menarik penyertaan golongan belia agar mereka dapat mengisi hobi mengembara mereka dengan aktiviti yang bermanafaat. Secara tidak langsung, mereka akan memperoleh ibrah menerusi setiap permusafiran ini dan juga mengetahui tentang budaya sesebuah masyarakat yang lain.

​

Selain itu juga, kami berperanan untuk membuka laluan kepada mana-mana individu/organisasi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada kelompok asnaf minoriti muslim ini.

​

Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang ingin mengadakan aktiviti amal di lokasi yang ada senarai lawatan kami, terutamanya di negara-negara minoriti muslim. Bagi mereka yang ingin mencabar diri sendiri untuk keluar dari zon keselesaan inilah salah satu dari pilihannya. Mereka akan menikmati cabaran apabila berada di negara minoriti muslim. Para peserta akan dibawa menginap ditempat seperti madrasah & pusat komuniti muslim tersebut. 

​

 

MEMBURU IBRAH PERMUSAFIRAN.


Apakah sebenarnya maksud 'Ibrah'?


IIbrah itu pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu yang dapat kita kutip sepanjang kehidupan kita ini. Pengajaran dan pembelajaran itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain. Dan yang paling utama ‘ibrah’ kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta ulama-ulama.

​

"Ambilah ibrah-ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)”
-Al Hasyr 59: 2

​

Menerusi permusafiran (Muslim Bacpackers) ini pula, sudah pasti banyak ibrah darinya yang akan dikutip. Apatah lagi apabila kita berada ditempat yang jauh lebih mundur dari tanah air kita, Islam pula adalah begitu asing di kebanyakkan lokasi permusafiran ini. Setiap perjalanan pasti ada ujian dari Allah yang menguji keikhlasan tujuan hamba yang bermusafir diatas jalanNya.

​

Semoga peluang bermusafir yang diperoleh dimanafaatkan sebaiknya untuk diri kita dan orang lain pada hari-hari yang mendatang. Ingatilah, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur. Untuk memanggil kita lebih rapat denganNya.
 

 

bottom of page