top of page
Search

NONG KHAI, SEBUAH WILAYAH DI UTARA THAILAND

Updated: Sep 4, 2019

Bagi saya, Nong Khai adalah diantara tempat yang aman dan tenang di Asean walaupun tempat menarik tidaklah banyak disana. Nong Khai terletak di bahagian utara Thailand bersebelahan dengan Vientiane, Laos. Pesisir Sungai Mekong disana diantara yang tercantik pernah saya lawati.



Uniknya disana ada aquarium ikan air tawar. 100tbaht sahaja untuk tiket pelancong asing. Jika ada rancangan memasuki Vientiane, jangan lupa singgah di Duty Free di imigresen Vientiane. Backpack, handbag dan kasut murah kat situ.




Cuma makanan halal agak susah nak diperolehi di Nong Khai. Pilihan selain 7E, ada sebuah restoran Pakistan di tengah bandar tersebut dan sebuah lagi restoran muslim Thai yang terletak dibahu jalan nak menuju ke Udonthani.


Selain itu, terdapat sebuah komuniti minoriti muslim yang tinggal disana. Jika rakan-rakan backpackers ada nak kesana, singgahlah As Salam Welfare Foundation. Mereka yang tinggal disitu boleh berbahasa Melayu kerana berasal dari selatan Thai. Jika nak tumpang bermalam pun boleh. Nak tumpang makan pun boleh. Pengurusnya, Ustaz Usman dan komuniti yang tinggal disana sangat peramah dan meraikan tetamu & musafir.

Semoga bermanafaat! 😊










PAKEJ BACKPACKING, KLIK DISINI.



1 view0 comments
bottom of page