Wilayah yang terletak di Utara Thailand ini mempunyai tarikan tersendiri pada musim-musim tertentu. Diantara pilihan penerbangan yang ada untuk ke Chiang Rai ialah:
1. KL-Chiang Rai (transit 5-10jam)
2. KL-Chiang Mai (perlu ambil bas Chiang Mai-Chiang Rai 2jam)
3. Hatyai-Chiang Rai.
Setiap tahun pada hujung Februari biasanya akan diadakan Festival Belon Antarabangsa di Singha Park yang terletak di Chiang Rai. Pada bulan November-Februari setiap tahun pula adalah musim sejuk disana.
Kalau dahulu suhu musim sejuk disana boleh mencecah sehingga 3°C pada waktu malam, tetapi sekarang cuaca yang tidak menentu, dan sukar diramal.
Beberapa tahun kebelakangan ini hanya sekadar diantara 10-20°C sahaja. Pada musim ni juga strawberi dijual dengan murah sehingga pernah mencecah harga 30Tbaht sahaja untuk satu kilogram.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi disana:
Oh ya! Elakkan ke sana pada bulan Mac-April kerana ketika itu bukan sahaja musim panas yang suhunya boleh mencecah 40°C malah musim ini juga petani akan melakukan pembakaran kebun secara besar-besaran. Jerebu, panas dan pemandangan pun teruk tau.
Berdasarkan pengalaman saya melakukan kerja sukarelawan disana pada tahun 2016 dan 2017, bulan Mei-Jun ialah musim buah laici dan bulan Julai pula musim buah mata kucing. Jangan lupa singgah ke Choui Fong Tea Plantation. Pemandangan yang cantik, green tea disana pun best! Aroi mak-mak!
Untuk makluman, ke semua tempat yang saya kongsikan disini cukup untuk berada di Chiang Rai selama 3 hari 2 malam.
Semoga perkongsian ringkas ini memberi manafaat buat rakan-rakan traveller yang ingin kesana.
PAKEJ BACKPACKING, KLIK DISINI.